Mengenai Saya

Siapa Pengendali Blog Tokobakso

Mengenai Saya dan Siapa Tokobakso.

Its not easy to describe your own self? betul tak? Begitu jugak dengan aku. Secara mudahnya, aku bukan lah seorang blogger full time, bukan seorang blogger pun. Dilahirkan di dalam motokar di selatan tanah air telah membuatkan aku menjadi seorang yang tidak mempunya pendirian teguh. Kelemahan utama adalah suka bertindak seperti lalang kerana untuk disukai dan disenangi. Seorang yang sangat mudah didekati. Pemalu of course sebab tu tak suke letak gambar peribadi dalam blog ini.

Kenape Tokobakso?

Aku dah ada banyak blog sebelum ini. Kalau nak ikutkan, Aku start berblog sejak 4-5 tahun lepas. Tetapi satu pun tak pernah habis. Oleh kerana suka terikut-ikut dengan budaya sekeliling kerana berblogging is ‘in thing’ di samping mendapat pendapatan sampingan. Kenapa nama tokobakso, ntah la aku pun tak tau kerana mase nak beli domain tu ari, ini la nama pertama yang melekat kat kepala.

Apa Yang Aku Minat?

Aku minat err.. filem-filem dan muzik. Filem-filem tempatan masih lagi tidak mendaapt tempat di hati. Manakal muzik pulak, aku minat genre classic, tradisionals, old folks dan country. Amat meminati Siti Nurhaliza di awal kemunculannya. Filem pulah, sangat minat pada Meryl Streep dan Hilary Swank.

Apa Yang Aku Tulis

Aku menulis atau pun ‘copy-paste’ apa yang aku rase aku nak. Aku buat masa sekarang, aku mempunya minat yang mendalam dalam gadgets dan teknologi. Ianya akan berubah-ubah mengikut masa. Aku suke mengikuti perkembangan politik dan isu semasa tetapi tidak mahu bergerak aktif dalam politik. Walaupun aku mempunya ijazah di dalam bidang undang-undang tetapi aku tidak berminat untuk menulis mengenai undang-undang kerana bende tu semua self-explanatory dan tak menarik.

Aku mempunyai pandangan yang sangat pedas terhadap sesuatu bende, tetapi aku tak mampu lagi untuk mengolahkan dalam penulisan kerana aku paham, tak kemana pun kalau kita nak jadi laser dalam berblogging ni. Mungkin satu hari, dalam 2-3 tahun lagi, aku akan menjadi seorang yang kritis dalam memberi pandangan dan idea aku.

Sejarah Tokobakso.com

Blog ini dah berusia lebih setahun. Rasanya setahun 2-3 bulan dan kalau nak tau trafic tu agak memberangsangkan la walaupun tidak mempunyai niche yang tetap. Sehari boleh la dapat 5-6k UV average. Kalau teringin nak engage apa-apa dengan blog ini. Bagi tau la, mungkin korang akan bernasib baik dapat free advertisement dalam blog tak seberapa ini.

Sekian terima kasih.

Apa Yang Anda Cari

blod video melayu lucahmengenai sayatoko bakso blog