Dokumentari : K-Pop Sumbang 10Billion Pendapatan Korea Setiap Tahun

dari : forum.cari

dijangka gelombang Hallyu Korea ini akan menyumbang sebanyak $3.8 Billion pada tahun ini, 2011 kepada ekonomi korea atau lebih kurang RM12 Billion nilai eksport kepada ekonomi Korea.

graf prestasi ekonomi Korea.. awal tahun 1990an adalah permulaan penyebaran budaya Korea gelombang Hallyu Korea

prestasi ekonomi Korea sejak bermula gelombang Hallyu Korea

pada tahun 1999, pelbagai laporan telah dikeluarkan tentang kegilaan penyebaran budaya Korea di seluruh Asia Timur dan juga di ASEAN. Bermula dari sini, pakar ekonomi memanggilnya sebagai gelombang Hallyu. Pada tahun 1997, apabila Korea mengalami krisis ekonomi Asia yang amat teruk sebab, pakar ekonomi Korea mengatakan bahawa industri di Korea akan menjadi amat lemah, maka mereka beralih kepada industri penyebaran budaya dengan menggunakan internet terutamanya youtube untuk mengatasi masalah ekonomi mereka, dan hasilnya terlalu banyak drama Korea menjadi popular di seluruh Asia, terutamanya dunia Asia Timur yang mempunyai pasaran yang amat luas, juga tersebar luas ke seluruh Eropah dan Amerika, menjadikan ia antara faktor utama penyelamt ekonomi Korea semasa krisis ekonomi Asia yang amat teruk dahulu, dan sehingga hari ini industri k-pop telah menjadi antara faktor utama penjana ekonomi untuk negara Korea.

Intel sebagai contoh telah mengambil kumpulan SNSD, So Nyuh Shi Dae setelah menyedari potensi besar pasaran yang dimiliki oleh idol Korea ini untuk strategi pemasaran mereka di seluruh Asia.

sudah fitrah manusia amat sukakan benda yang indah, benda yang boleh mempengaruhi emosi dan penilaian manusia.

dahulunya negara Jepun amat dikenali sebagai kuasa besar dunia dalam hiburan elektronik dari zaman hanya guna nintendo hingga ke playstation sekarang, dan menjadi antara penyumbang utama kepada ekonomi Jepun setelah amat teruk dibom oleh USA, menjadikan ekonomi mereka hampir sifar.. mereka tahu mempengaruhi hati, perasaan manusia yang amat sukakan benda-benda yang indah untuk membeli produk mereka, seterusnya selepas itu menjana amat banyak wang dan dana kepada ekonomi negara mereka.

p/s : jgn tau nyanyi je!! cube bace sekejap