
” Sesungguhnya Rasullullah SAW mewajibkan zakat fitrah daripada muslim, baik hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, iaitu sebanyak segantang kurma atau gandum ” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ).
” Ketika Rasullullah SAW berada bersama kami, kami mengeluarkan zakat fitrah untuk setiap anak kecil, orang dewasa, merdeka atau hamba sebanyak segantang makanan samada berupa keju, kurma, gandum atau anggur kering.
Sudah 13 hari Ramadhan menjengah, jadi seperti biasa, ramai diantara kita yang sudah jatuh hukum wajib untuk membayar zakat fitrah.
Apa kelebihan membayar zakat kita sebagai muslim?
Dari segi rohani, zakat mampu mendidik kita hati kita mentally dan physically dan mampu menghindarkan kita dari melakukan perbuatan keji dan mungkar
Dari segi ibadah, zakat dapat men’cover’ segala lobang-lobang dosa kecil yang kita lakukan sewaktu kita berpuasa di bulan ramadhan, insyaAllah dengan izin Allah
Dari segi sosial, zakat membantu menaikkan taraf hidup masyrakat Islam seluruh dunia khasnya Malaysia. Wang Zakat yang diberikan dapat membantu keluarga yang kurang berkemampuan untuk miningkatkan taraf hidup melalui pendidikan khasnya.
Jadi apa lagi jom kita bayar zakat. Nabi Muhamad saw kata dalam hadis baginda:-
” Barang siapa menunaikan zakat fitrah sebelum solat hari raya maka zakat itu dterima dan barangsiapa yang membayar selepas solat, zakat itu sebagai sedekah biasa. ” ( Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah) .
Berikut adalah kadar Zakat bagi negeri-negeri seluruh Malaysia untuk 2011:-
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Kelantan : RM7
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Trengganu : RM8/RM7/RM5
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang : RM7
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor : RM7.50/RM5
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka : RM6.50
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Negeri Sembilan : RM6.50
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor : RM7
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Perak : RM7
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Kedah : RM7
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Pulau Pinang : RM7
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis : RM6
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah : RM7
* Kadar Zakat Fitrah Negeri Sarawak : RM6.20
* Kadar Zakat Fitrah Kuala Lumpur : RM7
* Kadar Zakat Fitrah Putrajaya : RM7
Ramai yang bertanya, kalau kita lahir dan family kita duduk di Selatan tetapi kita duduk di Kl untuk mencari rezeki, yang mana untuk di follow:- jawapannya, seafdal nya kita bayar di negeri yang kita mencari rezeki, kalau nak bayar kat negeri kelahiran pun boleh, kalau nak bayar dua-dua negeri lagi bagus!! itu dah kira sedekah juga.
terima kasih : Kadar Zakat Seluruh Malaysia
Apa Yang Anda Cari
zakat fitrahzakatmembayar zakatgambar mengeluarkan zakatkerja di duduk di negeri sembilan bayar zakat di mana
