Kempen Bebas Anwar Perhimpunan Awam 901, 9 Januari 2012

Semua dah tau pasal Kempen bebas Anwar pada 9 Januari 2012 atau Perhimpunan Aman 901. Perhimpunan yang katanya aman ini akan menjadi satu solidariti bersama untuk memberi sokongan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim. 9 Januari 2011 adalah hari Mahkamah Tinggi di Jalan Duta membuat keputusan untuk kes liwat II Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari. Keputusan akan menjadi tanda tanya samada Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersalah atau tidak atas tuduhan meliwat bekas pembantu nya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 3 tahun lepas.
Perhimpunan Aman mengikut Akta Perhimpunan Aman 2011
Banyak pihak yang marah-marah , ada juga yang menyokong . tadi masa saya balik, saya perasan satu poster Perhimpunan Bebas Sex 901 ada gambar Anwar Ibrahim. Dah jadi lain dah. Akhirnya hari ini Polis bagi green light kat mereka tapi, mereka kene berhimpun di Parking Area dekat Mahkamah Jalan Duta dengan syarat.
Sebelum ini, pihak kerajaan dah bagi warning pada student-student dan cikgu-cikgu untuk tidak turut serta di dalam perhimpunan ini dan sesiapa yang dipati turut serta, bakal di ambil tindakan. tak pasti la macam mane nak cakap eh, tapi itu hak individu masing-masing. Yup mereka ingin membuat satu perhimpunan aman yang tiada sebarang unsur provokasi kepada public, tapi dengan adanya provokasi, maka perhimpunan itu dah jadi tak aman.
Macam Perhimpunan Bersih yang pertama dahulu dan perhimpunan bersih july tahun lepas. Saya pasti pihak-pihak berkuasa bakal menunjukkan kuasa pada perhimpunan ini.
Syarat-Syarat dan Panduan Perhimpunan Awam 901 Kempen Bebas Anwar 9 Januari 2012
* Penggunaan risalah / banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.
* Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ TIDAK DIBENARKAN. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.
* Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.
* Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding Mahkamah.
* Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di pakir awam sebelah kiri jalan utama ke Mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.
* Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan pakir Mahkamah.
* Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.
* Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.
* Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.
* Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.
Apa Yang Anda Cari
perhimpunan bersih 2012
