Kris Dayanti Patut Buang Anak Luar Nikahnya Dari Tingkat 9 Banggunan?

Salam 1Melayu 1Malaysia dan 1Universe.

Hari ini, saya tertarik dengan satu foto majlis aqiqah baby, Amora, Hajjah Kris Dayanti di Indonesia. Anaknya sudah pun menjangkau umur 42 hari dan seperti biasa la, mengadakan majlis potong jambul dan aqiqah untuk bayi yang baru dilahirkan adalah satu perkara mesti untuk ummah melayu serantau ini.

anak kris dayanti

Apa yang menarik adalah tanggapan orang-orang ummah melayu islam di Malaysia ini mengenai Kris Dayanti yang melahirkan anak luar nikah. Sebelum ini, Kris Dayanti ada memberitahu yang beliau mengandung anak selepas beberape bulan bernikah dan akan beranak .

Ramai yang mengecam Hajjah Kris Dayanti mengenai confession nya. Puak-puak melayu extremist tidak kurang pula mencemuh dan memaki Hajjah Kris Dayanti akan apa yang terjadi. Belum lagi redha tentang perlakuan mesra Hajjah Kris Dayanti dan suaminya ketika sebelum mereka bernikah, ada pula controversy tentang anak luar nikahnya.

Saya tak faham dengan pemikiran ummah melayu di Malaysia ini. Apa yang mereka mahukan Hajjah Kris Dayanti buat? saya tak mahu pin point pada Hajjah Kris Dayanti sahaja, tetapi bagi semua gadis-gadis terlanjur yang mengandung out of wedlock. What past is past, ia menjadi pengajaran untuk anak-anak perempuan kita pula. Mungkin ummah melayu malaysia ini akan puas jika Hajjah Kris Dayanti :-

* pakai tudung labuh tutup muka dan terperap dalam rumah sampai mati
* lempar anak dari tingkat 9 rumah pangsa murah
* buang anak dalam pam bilik air
* lenyek anak dengan kereta jaguar milik Hajjah Kris Dayanti
* atau lain-lain

Apa masyrakat ummah kita ingin kan untuk orang seperti Hajjah Kris Dayanti? Salahke nak selebret kelahiran anak permata ini?