Dengar berita nasional RTM di radio tadi.. bas accident di Tapah melibatkan pelajar Uitm… bas masuk dalam longkang..
same-same kita tunggu berita seterusnya… kerana maklumat masih tak lengkap lagi…
Enam Pelajar UiTM Cedera Ringan Bas Yang Dinaiki Terbabas
TAPAH: Enam daripada 35 pelajar perempuan Universiti Institusi Teknologi Mara (UiTM) Arau mengalami cedera ringan selepas bas yang mereka naiki terbabas dan tercampak ke dalam longkang di tepi lebuhraya Km334.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini pagi ini.
Ketua Polis Daerah Tapah Supritendan Roslan Bek Amad berkata pemandu bas itu bersama pembantunya turut mengalami cedera ringan dalam kejadian pada kira-kira pukul 4.15 pagi itu.
Beliau berkata semua mangsa yang cedera berusia dalam lingkungan 20-an diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tapah dan mereka dibenarkan keluar tengah hari tadi.
“Ketika kejadian, semua pelajar itu dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Arau, Perlis, selepas menghadiri program usahawan pintar di Dewan MCA, Jalan Ampang, anjuran koperasi Shamelin semalam,” katanya di sini, Isnin.
Roslan berkata bas itu dikatakan gagal dikawal semasa tiba di tempat kejadian lalu terbabas sebelum tercampak ke dalam longkang di tepi lebuhraya berkenaan, dan semua pelajar itu menaiki bas gantian untuk pulang ke UiTM tengah hari tadi. – BERNAMA
Apa Yang Anda Cari
cerita seram uitmkisah seram uitmbas accident tapahkisah seram perakkisah seram jalan tapahkemalangan di tapah perakkemalangan basDI TAPAHkemalangan bas di tapahjalan seramcerita seram utim