Terkini : 20 hingga 30 penghuni di percayai tertimbus [Gambar]

anak yatim kajang tertimbus

2011/05/21KAJANG: Dua mayat kanak-kanak iaitu penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di situ, sebentar tadi.

Sebelum ini, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah anak yatim itu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi Berita Harian Online sebentar tadi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.

beritaharian online

UPDATED:

rumah anak yatim kajang tanah runtuh

Kira-kira 20 kanak-kanak tertimbus dalam satu kejadian tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang tadi.

Kini enam mayat kanak-kanak telah ditemui dan dikeluarkan manakala tujuh mangsa lagi cedera. Nasib 7 kanak-kanak lagi tak diketahui.

Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, ahli-ahli bomba dan penduduk kampung mengeluarkan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.

Laporan awal menyebut rumah anak yatim tersebut didiami kira-kira 30 penghuni.

credit : mycuteshoppe.blogspot.com

tanah runtuh di rumah anak yatim

Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat

Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat

tanah runtuh

tanah runtuh di kajang 21 mei 2011

credit : Encik nakal