Terkini : 22 Februari 2012 Formula Baru Gaji SBPA Bakal Diumumkan
Baiklah, isu mengenai SBPA atau Skim Saraan Baru Penjawat Awam ini masih lagi belum ditahap akhir. Pihak CEUPACS dan Kerajaan masing-masing masih lagi membuat perbincangan apakah yang formula terbaik untuk diamalkan.

Mau tak mahu, terpaksa tunggu sehingga , mungkin bulan March ini apabila, difahamkan, perlaksanaan SBPA akan dibuat. Walau bagaimanapun, melalui sumber terdekat, semakan semula bakal di buat pada 22 Februari 2012 iaitu pada hari Rabu ini dan bakal adakah kata putus untuk Semakan Semula SBPA ini berlaku. Jikalau ianya benar, adakah iakan memberi kepuasan kepada semua penjawat awam. Adakah ianya adil, adakah semua golongan pentawat awan terbela?
Cadangan CUEPACS sebelum ini dengan mengeluarkan Sifir Baru SBPA dan juga dibawah ini, sumber dari beritasemasa:-
1. Cuepacs mengharapkan supaya kumpulan pekerja lama dalam kumpulan pelaksana Gred-17 skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dengan dinaikkan ke gred yang lebih tinggi.
2. Mengiktiraf apa-apa sijil kemahiran dan teknikal untuk tujuan kenaikan pangkat sehingga ke Gred-21
3. Mengambil kira kedudukan mereka yang berkhidmat lama sebagai kakitangan awam
4. Realitinya sekarang ini, kerajaan hanya beri satu kenaikan saja kepada mereka yang berkhidmat (dengan kerajaan) hingga 30 tahun atau 35 tahun, iaitu sama dengan orang baru yang dinaikkan pangkat ataupun baru saja berkhidmat 4 atau 5 tahun
5. Cuepacs mengadu yang kakitangan awam rata-ratanya hanya menerima sehingga 4 % sahaja berbanding pengumuman Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2012 yang mengatakan kakitangan awam akan menerima kenaikan gaji antara 7% hingga 13%
6. Lapisan gred kumpulan pelaksana untuk kenaikan pangkat ditambah kerana jumlah yang ada sekarang terlalu kecil
Okay, kita nampak la yang CUEPACS ini banyak membela Penjawat Awam yang mempunya gaji kecil kerana, mengikut cadangan CUEPACS, semestinya ia tidak memberikan sebarang keuntungan kepada mereka.
Kita tunggu esok, dan adakah ianya berita gembira kepada semua?
p/s : ada yang mengatakan G41 bakal dapat kenaikan sedikit. So stay tune with tokobakso for more updates.
Updated hari ini 22 Februari 2012 : SBPA 2012: CUEPACS Tuntut Naik RM700-RM2500 Untuk G1-54
Apa Yang Anda Cari
kenaikkan gaji yang baru diumumkanpengumuman kenaikan gaji kakitangan awam esok

