Biskut Munchys Mengandungi Arak

Biskut Munchys Mengandungi Arak

hahah.. hhaha.. lagi kes makanan kita yang katanya tak halal iaitu Biskut Jenama Munchy kerana mengandungi arak. satu SMS palsu telah disebarkan oleh seorang fasik untuk memberikan rase was was kepada penduduk Islam di Malaysia. Sms itu berbunyi begini:-

Terkini: JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang munchys Batu Pahat dan menemui stor arak. Bossnya dengan rasa bangga dan rasa tak bersalah mengatakan arak tersebut untuk dicampurkan ke dalam biskut…Tolong sebarkan maklumat ini kepada semua umat islam demi kepentingan bersama. Dari Peg JAKIM-HJ JALIL B. RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)

tetapi dari kenyataan Media Jakim berbunyi

KENYATAAN MEDIA BERKENAAN PENYEBARAN SMS PALSU BISKUT MUNCHYS PDF Cetak emel
Rabu, 14 September 2011 00:43

1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung sms yang menyatakan “JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat dan menemui stor arak”.

2. Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar sms tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya.

3. Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013.

4. Justeru JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal di www.halal.gov.my untuk pengesahan.

Sekian, terima kasih.

Apa pandangan kita sebagai seorang penduduk Malaysia

1. Orang Malaysia terlalu mudah percaya dengan SMS Palsu dan suka forward bebende merepek. Teringat tak dulu risalah yang caka sesape yang tak forward pada 7 orang yang lain, mereka akan menimpa musibah

2. Gejala-gejala seperti ini patut di bendung. caranya?

Apa Yang Anda Cari

senarai biskut yang tidak halalbiskut tidak halalbiskut munchy ada arakmunchy not halaljenama-jenama arakjenama biskut yang haramissue about munchy\sbiskut yang tidak halalbiskut munchy\s haramstatus halal biskut munchys