Cara Apply Petronas Untuk 5 Bulan Bonus!!
Okay, tajuk definitely misleading, betul tak? lepas YB Perdana Menteri umum dalam mesyuarat kanan kakitangan Petronas tadi, kakitangan Petronas atau Petroliam Nasional Berhad seramai 44,000 orang bakal menerima bonus tahunan sebanyak sekarang-kurangnya 5 bulan! rekod terbanyak dalam industri Oil & Gas di Malaysia. Tapi kalau bank rasenye lagi banyak!!
Korang mesti tengah tercari-cari macam mana cara untuk apply kerja di Petronas? betul tak?? Btul tak? Baik ngaku!!hehehe.. okay aku tumpang gembira untuk mereka. Petronas adalah sebuah organisasi yang mungkin paling ramai yang apply kerja. Aku pun dulu sibuk nak apply petronas tapi apakandaya, field of studies tak de di Petronas. Jadi makan hati je la tengok member-member yang dapat bonus 5-6 bulan ini.
Mengikut berita :-
Bayaran bonus kakitangan Petronas itu dibuat berdasarkan tahun kewangan yang telah dipendekkan menjadi 9 bulan di mana berakhir pada 31 Disember 2012 yang lalu berbanding sebelumnya, 31 Mac.
Jadi berdasarkan rekod tahun kewangan tersebut, ia bakal diterjemahkan dalam bentuk bonus sebanyak 6.7 bulan, lebih baik daripada rekod sebelum ini 6 bulan
jadi, paling banyak mereka dapat 6.7 bulan bonus. Okay back to the topic bagaimana cara nak apply kerja di Petronas. Okay to be honest, cara nye mudah, apply dalam website petronas iaitu Petronas Career Website. Sebelum nak apply, pastikan ada degree yang sesuai. Degree paling sesuai adalah yang berkaitan dengan oil & gas la. Selain itu ada juga mechanical, eletrical, civil, commercial, accountancy dan lain lain.
Tapi apakah cara paling mudah untuk apply kerja di Petronas?!! Jawapan paling senang adalah, jika korang ada cable besar dalam Petronas. Muahaha.. normal la everywhere kalau ko ada cable besar, bapak ko Director of the company, memang mudah la kan, tak adil? itu la hakikatnya. Korang kene fikir beberape perkara ok:-
- Persaingan untuk syarikat-syarikat besar ini sangat la besar. Kamu tidak semestinya brilliant in your studies, you have to be outstanding. Dan jangan ingat, semua pelajar tajaan petronas akan wajib dapat kerja di Petronas, they have to compete with each other. Mereka kena go through the procedures, interview, assesment dan lain lain. Ada juga pelajar grad dari oversea, tajaan Petronas, yang tak dapat kerja di Petronas.
- Pilih pengajian yang sesuai dan tahu apa hala tuju korang lepas nak keluar nanti. If u target Petronas atau other Oil & Gas companies, korang kene bersedia sedari form 4. Apa objective korang, and berusaha untuk daptkannya.
- X-factor seperti saya cakap la, kalau ada cable kuat. hihi
So pada geng-geng Petronas, berseronok-seronok la kroang, (dengan nada dengki) jangan lupa bayar zakat pendapatan ok!! hehehe..
