Hukum Bank Susu Haram Mengikut Fatwa Malaysia
Bagi sesapa yang baca surat khabar hari ni, ada satu berita tergempar mengenai Hukum Haram Bank Susu untuk Ibu-Ibu Islam di Malaysia. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan, cadangan untuk penubuhan Bank Susu Ibu adalah bukan berada dalam kategori dadurat malah penubuhan Bank Susu Ibu di Malaysia boleh menyebabkan kekeliruan nasab. Semua yang kita tahu, adik beradik susuan adalah haram untuk dikahwini. Susu Ibu yang sama boleh jadi darah daging yang sama la kan.

Penubuhan Bank Susu Ibu ini adlah cadangan satu badan NGO Human Milk For Human Baby (HM4HB) yang berpendapat penubuhan adalah untuk memberi laluan kepada bayi-bayi pra matang atau ibu yang mempunya masalah dalam menyusui ibu especially yang kene HIV atau sakit kronik. JAKIM memutuskan:-
Bagi memenuhi keperluan bayi pra-matang yang memerlukan rawatan, manakala ibu mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, muzakarah memutuskan adalah harus bagi ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta penderma perlu saling mengenali
.
Kalau nak ikutkan fatwa dari Yusof Al-Qardhawi yang berbunyi dari http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12201.0 :-
beliau menjelaskan bahawa penubuhan bank susu adalah satu kerja kebajikan yang disokong oleh Islam. Islam menyeru umatnya supaya memberikan tumpuan kepada golongan yang lemah tanpa mengambil kira sebab kelemahanya dan apatah lagi apabila ia melibatkan bayi yang tidak berdaya dan lemah.
Perempuan atau ibu yang mendermakan susunya secara sukarela untuk diberikan kepada bayi-bayi yang lemah dan tidak berdaya, maka ia akan diberikan pahala oleh Allah s.w.t. dan ianya merupakan satu perbuatan yang terpuji di sisi manusia. Malahan, harus membeli susu daripada ibu-ibu yang mempunyai air susu yang lebih untuk diberikan kepada bayi yang memerlukan. Ini sebagaimana harus menyewanya untuk menjalankan tugas penyusuan ke atas bayi itu sebagaimana yang telah dinaskan oleh al-Quran dan diamalkan oleh orang Islam.
Selain itu:-
Dr. Yusuf al-Qaradawi mengatakan bahawa penyusuan yang melahirkan hukum haramnya perkahwinan dan lain-lain itu merujuk kepada perkataan rada`ah yang bermaksud penyusuan menerusi puting ibu ke mulut seseorang bayi, sambutan bayi berkenaan terhadap penyusuan itu dan pergantungannya dengan si ibu yang menampilkan suasana manja dan mesra (antara kedua-duanya). Dalam pengertian ini ada tiga perkara asas yang perlu diperhatikan iaitu yang pertama: ibu yang tertentu yang memberi penyusuan dan yang kedua: melalui hisapan bayi pada puting ibu berkenaan dan kedudukan bayi di atas ribaannya atau dalam pelukannya yang menampilkan suasana pergantungan, kemanjaan kemesraan di antara bayi dengan ibunya
Jadi sekarang ada dua statemenet mengenai Susu Ibu ini. Mana yang kita perlu ikut? kalau saya senanglah, kalau di Malaysia kata haram, bermakna haram. Saya terpikir juga kenape Fatwa Malaysia ckaap haram, salah satu sebabnya adalah untuk mengekang dari masalah tidak berkahwin, ia memang sekrang kalau tak perlu kawin pun dah boleh dapat susu, tetapi ni adalah untuk mereka yang ‘malas’ untuk perah susu
Khasiat Susu Ibu adalah terlalu banyak. Malah seorang bayi kalau boleh di susukan ibu samapi umur 2 tahun. Saya yakin fatwa ini adalah untuk umat Islam sahaja tetapi bukan untuk semua yang duduk di Malaysia.
Apa Yang Anda Cari
bank susuhukum bank susu ibuhukum bank susubank susu harambank susu di malaysiahukum bak air susu ibu dalam islamhukum penubuhan bank susuhukum perah susu ibuhukum susu ibu

