Lombong Emas di Kampung Melayu Majidee

Lombong Emas di Kampung Melayu Majidee

Terkini Mengenai Emas Kampung Melayu

Jabatan Mineral dan Geosains negeri pula mengesahkan logam yang disangka emas di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee di sini sebenarnya sejenis mineral tidak berharga yang dikenali sebagai pyrite.

Walaupun ia mempunyai kilauan keemasan, warna pyrite atau juga dikenali sebagai ‘emas tipu’ akan bertukar hitam jika dileburkan atau selepas menjalani ujian asid. Perbezaan paling ketara antara pyrite dan emas ialah emas mempunyai kilauan lebih ketara. Selalunya, emas hanya dijumpai di kawasan-kawasan tertentu contohnya di sekitar Mersing.

Tahniah la kerana anda menghabiskan waktu untuk mencari bende yang tak berharga.

Ia berlaku seminggu lepas bila ade seorang carik batu untuk letak aquarium, las las jumpe ketulan logam yang dipercayai emas. apa lagi orang semua serbu 24/7 korek tanah carik emas.

laporan melaykini, Berkilogram Batu Hablur Emas Dijumpai di Johor | Ratusan individu bakal bergelar jutawan sekiranya puluhan ketulan batu didakwa bersalut hablur emas yang dikumpul keluarga masing-masing sejak empat hari lalu di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee disahkan emas tulen. Setakat semalam, kumpulan berkenaan tinggal selangkah lagi untuk bergelar jutawan selepas wakil pemilik kedai emas yang beroperasi di sebuah pusat beli-belah di Tampoi mengesahkan ia emas tulen.

emas di majidee

Setakat ni dah ramai yang dok mendulang depan rumah nak carik emas. Anyway untuk pengetahuan, mereka ni bukan jumpe emas seketul seketul, mereka jumpe hablur emas. tetapi still, boleh jadi kaya.

Sapiah memberitahu, penemuan emas itu adalah yang pertama sejak mereka sekeluarga menetap di kampung tersebut sejak 21 tahun lalu.

Sementara itu, juruteknik elektrik dari Tampoi, Mohd. Fazli Ahmad, 31, berkata, dia yang turut sama mendulang emas berjaya memperoleh beberapa ketul batu yang disaluti bahan dipercayai emas itu.

“Mula-mula sukar nak percaya, namun apabila saya beritahu seorang rakan yang mahir tentang emas dia mengatakan itu mungkin emas.

“Emas jenis apa saya sendiri tidak tahu kerana emas pun banyak jenis dan kualitinya,” katanya.

SInce harga Emas pun sekarang ni kompetitif, untung la kalau Emas itu Terbkti Tulen