Gaji Penjawat Awam Bakal Di Teliti Setiap 5 Tahun Jika..
Jika.. Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya. SBPA atau Skim Baru Perkhidmatan Awam 2012 adalah topic paling hangat sekali di bincangkan di Malaysia. Mana tak nya, semua berebut-rebut untuk bagi itu ini kepada penjawat awam semata-mata untuk meraih undi.

Saya agak kagum dengan kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib yang sampai sekarang masih lagi belum membuat keputusan muktamat untuk gaji penjawat awam. Saya yakin, apabila dekat dengan PRU 13 nanti, baru la keputusan akan dibuat. Dalam pada itu, strategi permainan Kerajaan BN boleh dibaca. Kita tau, Pakatan Rakyat akan beri counter proposal untuk Skim Gaji Orang Kerajaan. Berlandaskan “Rakyat Diutamakan”, skim yang dicadangkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat adalah seperti berikut :-
• Gaji penjawat awam bakal di semak setiap 5 tahun
• Berjanji untuk membuat gaji minimum RM1,100 untuk penjawat awam
• RM500 sebagai intensive bulanan untuk Guru sebagaimana yang dinyatakan di dalam Buku Jingga

Pendapat Pakatan Rakyat adalah berlandaskan sebab-sebab tertentu dimana:-
• Mengikut laporan United Nations Public Administration Network Public Service report yang dikeluarkan pada 2006, Malaysian mempunya jurang tertinggi diantara pihak atasan dan paling bawah iaitu dengan ratio 19.5:1 dimana seorang pegawai atasan digajikan 19.5 kali ganda dari orang mempunya gred paling bawah.
• Ketidakadilan dimana lebih 2,000 pegawai atasan telah menandatangani skim SBPA baru dengan kenaikan sehingga RM5,000.00
• Kenaikan RM60,000 sebulan untuk Ketua Setiasuaha manakala RM1.70 untuk staff bawahan yang menyebabkan lebih 1.7 juta penjawat awam kecewa dengan skim baru ini
Jadi, jikalau la Kerajaan Barisan Nasional tidak menepati apa yang Cuepacs cadangkan, adakah anda akan (khasnya penjawat awam) beralih arah? Adakah Pakatan Rakyat mampu untuk penuhi apa yang dicadangkan. Adakah Kerajaan Barisan Nasional sepatutnya rasa terancam dengan ancaman undi parti selain Barisan Nasional?
Sama-sama saksikan.
Apa Yang Anda Cari
keputusan muktamat gaji minimumkeputusan muktamat pru 13keputusan muktamat pru13logo untuk gurusaya undi pakatan rakyat
