Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2012 oleh DS Najib Tun Razak – Live Streaming

Sudah tentu ramai yang ternanti-nanti Pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Malaysia – Dato’ Seri najib Tun Abdul Razak di parlimen esok.

Seperti tahun-tahun yag sudah, Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan membuat liputan secara langsung atau live streaming Belanjawan 2012 menerusi website officialnya http://www.rtm.gov.my. Jadi pada sesiapa yang ternanti-nanti kan pengumuman penaikan gaji kerajaan sebanyak 40% dan penurunan harga minyak petrol sebanyak 40%, boleh la layari website tersebut.

Selain dari RTM, anda juga boleh melayari http://www.treasury.gov.my/ untuk melihat dan mendengar pengumumamn tersebut.

Apa yang kita sebagai rakyat harap untuk Belanjawan 2012 ini? Mungkin kakitangan kerajaan akan mendapat satu berita baik untuk pengumuman penaikan gaji atau bonus lumayan. Jika tanya saya, mesti la saya mahukan gaji naik. Bonus tak menjamin apa-apa sangat dan lebih lepada keuntungan jangka pendek. tetapi gaji naik… anda pikir la sendiri.

Selain itu, kita bakal disajikan dengan kejutan-kejutan yang mungkin kurang senang oleh segelintir rakyat seperti harga rokok dan cukai2 yang lain.

Apa harapan anda?