Tahniah Safee Sali : Jutawan Bola Sepak Pertama Malaysia

Safee Sali Jutawan Bola Sepak Pertama Malaysia

Mungkin tidak terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada penyerang sensasi Harimau Malaya, Safee Sali, yang semalam telah menandatangani kontrak selama 2 tahun bersama Kelab Bola Sepak Indonesia Pelita Jaya. Mungkin tetak teki semua terjawab sebelum ini adakah Safee Sali akan bermain di kelab bola Sepak Malaysia atau tidak. Tetapi kalau nak tengok kan tawaran diberti oleh Pelita Jaya, sapa tak nak kan? Kontrak bernilai RM2 juta tu untuk 2 tahun sekali gus membuatkan Safee Sali sebagai Jutawan Bola Sepak Malaysia petama. Safee menyarung jersi no 10 untuk kelab itu dan juga kapten pasukan Pelita Jaya. Aku tak tau pulak Safee Sali ini sehandal itu kan?!!

Tawaran Kontrak Bola Sepak oleh Pelita Jaya kepada Safee Sali Bernilai RM2 Juta

* Gaji Bulanan RM118,000 atau Rupiah 350 Juta (ini pun dah kira jutawan)
* faedah-faedah lain seperti kenderaan, pemandu peribadi serta penginapan
* Bonus perlawanan
* Mendapat endorsement dari Syarikat-syarikat di Indonesia dan kesemua nya diuruskan oleh syarikat pengurusan Pelita Jaya.

Ini adalah sebahagian, dan aku rase mungkin banyak lagi faedah yang dia dapat. Pelita Jaya mungkin berani bagi sedemikian kerana ada isu dengan FIFA tempoh hari kan.

Rasa nye kejayaan Safee Sali ini boleh buka mata ramai pihak kat Malaysia ini yang kerjaya Bola Sepak boleh buat duit. Ibu Bapa better cultivate your kids to play football dari kecik. Encourage them la untuk buat terbaik. Mana tau satu hari, kita ada pemain yang boleh tembus Eropah walaupun bermain di division 3 liga sekali pun, ia sudah menjadi satu penghargaan kan?

Untuk Safee Sali, duit banyak, buat la yang terbaik untuk keluarga kan? Ada terbaca artikel pasal Fandi Ahmad yang dahulunya Jutawan tetapi sekarang merana. Kesian juga kerana salah investment.

Apa Yang Anda Cari

kejayaan safee saligambar keluarga fandi ahmadkeluarga fandi ahmadgaji safee sali 2 jutawww blogspot safee sali com