Aleesha Farhana @ Mohd Ashraf Abd Aziz [TERKINI : ALFATIHAH]

Aleesha Farhana

aleesha farhana

• ALEESHA FARHANA @MOHD ASHRAF ABD AZIZ

Umum mengetahui mengenai Aleesha Farhana @ Mohd Ashraf Abdul Aziz yang gagal di mahkamah untuk menukar jantina pada pengenalan diri nya. Saya teringin membaca hujah para hakim-hakim di atas sebab-sebab mengapa permohonan dia tidak layak.

Dalam pada itu, sedih juga bace kisah family Aleesha yang di pandang hina dek kerana keputusan untuk menukar jantina yang di buat oleh Aleesha pada 2009. Sekali lagi, saya tidak gemar untuk menyentuh issue hukum hakam dalam Islam. Saya bukanlah seorang yang perfect untuk berbicara mengenai hukkum hakam tetapi saya tidak menolak apa-apa padangan mengenai masalah Aleesha ini.

• SIAPA KITA UNTUK MENILAI SESEORANG YANG BERBUAT SALAH?

Adakah kita layak untuk menghukum seseorang yang telah melakukan dosa? Jika sesetengah pihak pandai untuk bercakap mengenai hukum, tahukah kamu Islam tidak pernah menyuruh penganutnya memaki hamun dan mencerca sesame sendiri? Saya pernah terbaca satu cerita Rasullulah saw yang tidak langsung marah pada seorang Yahudi yang kencing di perkarangan rumahnya.

• PERANGAI ORANG KITA?!

Betul tak saya cakap, jika anda berjalan di tepi jalan, anda ternampak seorang maknyah, anda tidak akan terlepas untuk mengata, atau pun at least, memandang dengan mengeji. Tapi sedar tak kita , jika kita berbuat macam tu, kita telah exposekan diri kita untuk membuat apa yang dilarang?. Kalau gitu kita nak salahkan maknyah tu ke? And the blame goes on sampai la kita menyalah kan Tuhan yang menjadikan Maknyah tu.

Salahkah seseorang seperti Aleesha Farhana ini menjalani hidup dengan aman tanpa gangguan dari kita semua? Apakah hak kita untuk menentukan apa yang patut mereka pakai dan siapa yang patut mereka cintai.

Apa yang saya nak cakap kan ini adalah bukan untuk golongan seperti Aleesha Farhana sahaja, tetapi untuk semua orang yang tidak diterima sebagai salah seorang ‘masyarakat’. Maknyah, Lesbian, Gay, Penagih Dadah, Janda, dll. Social stigma yang dari dulu sebegini. Perkara-perkara yang masih taboo untuk masyarakat Melayu. Betul mereka ini buat perkara salah, tetapi bukan kita yang patut memandang hina pada mereka. Some of them did not ask to be born that way.

Untuk Aleesha Farhana:-

You are beautiful in your way,
cus God makes no mistakes,
You are on the right track,
Baby, you are born that way.

Updated 30/7/2011


Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Apa Yang Anda Cari

aleesha farhana tukar jantinagambar maknyah bogelKajol terbaruorang islam yang meninggal dunia