Dilema Anbuntu Bukan Andartu

“bile ko nak kawin”…
“bile lagi nak makan nasi minyak ko!!”
“eh balik kampung ni ingat nak anto kad”

tension dengan soalan2 macam ni tak?? bagi saya tak… kerana tekanan bukan datang dari keluarga saya.. Malah mak saya sangat memahami dalam bab nak kawin-kawin ni…die tak pernah tanye siapa yang berada di hati saya.. biar lah saya sendiri yang tahu…

Dilema Andartu Anbuntu

Perempuan mengalami tekanan yang lebih dasyat daripada lelaki yang lambat berkahwin…betul kan?? Pada pandangan peribadi, being andartu or anbuntu nowadays is a trend ataupun necessity?? the latter is the exact word how i see it sekarang ni..

Cost of Living yang sangat expensive sekarang memaksa sebahagian ramai pemuda pemudi untuk tidak memilih untuk berkahwin awal… tengok la sekeliling kita, semua barang dah naik, minyak, minyak masak, sayur dll… apa sahaja tidak naik… gaji?? itu je yang tak naik-naik…

perdasarkan pemerhatian saya sendiir, duduk di Lembah Kelang hampir 2 bulan, kalau anda tidak dapat pasangan yang sama pangkat atau gaji, jgn harap la nak mulakan hidup berkeluarga…kalau dah start family, kene fikir fasal rumah pula…2011 dan 2012 bukanla masa yang paling sesuai untuk beli rumah kata pakar… lihat sahaja di Kota Damansara, sebuah rumah teres dua tingkat yang dahulunya dijual RM200k, sekarang dah jadi RM1/2 juta… sape mampu??

Masyarakat memandang serong kepada golongan andartu atau anbuntu
Masyarakat sekarang tidak lagi empati sangat pasal andartu atau anbuntu. Bukan sahaja di Malaysia,malah satu dunia.Sebab itu wujudnya cerita seperti Sex and The City- cerita tentang empat wanita 30- an yang belum berkahwin. Kenapa andartu atau anbuntu tak ada saham? Kenapa mereka biasanya mengalah sebelum masuk 35?Sebab lelaki atau perempuan pada apa-apa umur pun ada saham dan masih boleh berbini muda atau berlaki lebih tua. Tak ada rupa pun tak apa. Mereka boleh cakap mereka hendak bujang seumur hidup dan mengubah fikiran pada umur 50;masih boleh dapat jodoh. Lelaki selalu mahukan wanita yang lagi muda darinya. Old men always go for younger women. Young men always go for younger women. Tapi kalau wanita tua berkahwin dengan lelaki muda, nanti mesti jiran-jiran kuat mengata. Dan wanita tua itu mesti seorang pelakon, sangat cantik atau kaya.

Masyarakat melabelkan andartu atau anbuntu seorang pemilih dan cerewet
Sebenarnya mereka bukanlah pemilih seperti yang disangka masyarakat tetapi perlu memilih pasangan hidup yang sempurna dan ianya bukanlah mudah seperti memilih ikan di pasar. Perkahwinan bukanlah untuk sehari dua. Setiap pasangan pasti mengharapkan ikatan suci itu berkekalan hingga ke akhir hayat. Ia memerlukan keserasian dan pengertian.Biasanya khasnya wanita ini trauma mendengar bahawa membina perkahwinan tidaklah seindah zaman bercinta. Cerita-cerita ngeri rumah tangga orang lain yang musnah seringkali membuatkan wanita-wanita ini kecut perut.


Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/tokobaks/public_html/wp-content/plugins/facebook-like-and-comment/comments.php on line 21