Oleh Suhaila Ismail – Tiga parah apabila sebuah bas yang membawa 41 penumpang terbabit dalam satu kemalangan di KM304.5 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Gua Tempurung, lewat petang ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, bas berkenaan yang dinaiki 22 pelajar bersama pensyarah serta keluarga mereka dalam perjalanan dari Cameron Highlands menuju ke Institut Kemahiran Mara (IKM) Jasin, dekat Melaka dan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik ke dalam parit.
Mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Tapah dan Hospital Kampar manakala penumpang yang cedera ringan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan.
Sumber dari Jabatan Bomba berkata, kejadian berlaku ketika hujan lebat dan pemandu bas terbabit dikatakan cuba memotong sebuah bas sekolah.
Pelajar berkenaan katanya, berumur lingkungan 19 hingga 21 tahun.
Brek bas yang turut membawa lima pemandu dipercayai gagal berfungsi lalu pemandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik ke dalam parit di tepi lebuhraya itu.
Pada 22 Julai lalu, tiga terbunuh manakala lima yang lain cedera apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas ke dalam gaung di KM301 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung, Gopeng.
Kesemua mangsa yang terbunuh dalam nahas kira-kira 10.30 pagi itu adalah wanita.
Kenderaan berkenaan yang sedang menghala ke arah utara dikatakan tercampak kira-kira 30 meter ke dalam gaung selepas merempuh besi penghadang.
Seorang mangsa yang mati tercampak keluar manakala dua lagi tersepit di dalam kenderaan yang remuk itu.
Ihsan : Blog Perak News Dot Com
Apa Yang Anda Cari
kemalangan di gua tempurungkm304 l/raya kl-jbkm304 lebuhraya kl jb


