Sinopsis Drama Baru Gemersik Kalbu Slot Akasia Tv3
Drama baru Gemersik Kalbu Slot Akasia TV3 menggantikan drama Tentang Dhia yang berakhir pada 29 Desember 2011. Drama Gemersik Kalbu akan menemui penonton dan peminat Slot Akasia pada 2 Januari 2012 pukul 7ptn hingga 8malam. Drama Gemerik Kalbu di adaptasi dari novel terkenal Anis Mayuni berjodol Gemersik Kalbu.

Barisan pelakon terdiri dari pada Ayu Raudhah, Aqasyah, Anzalna Nasir, Fazreen Dafi dan lain lain. Drama 26 episod ini bakal di tayangkan di TV 3
Sinopsis Drama Gemersik Kalbu , terima kasih mejuez
Kisah Cikgu Raihana yang bercinta dan bertunang dengan Wan Ariffin. Wan mati lemas kerana menyelamatkan seorang budak. Cikgu Raihana pulak kehilangan seseorang yang sangat rapat dengannya, dia bergantung kasih dengan Wan Ariffin selama ini, dan keluarga Wan sangat baik dan menganggap Raihana macam anak kandung mereka.
Raihana tidak rapat sangat dengan ibu kandungnya sendiri, malah hubungan dia dan ibunya sangat kekok.
Raihana melanjutkan pelajaran secara sambilan dengan rakan baiknya Kak Shikin, mereka menumpang tinggal di rumah Aunty Zarina, di situlah dia kenal pula dengan Sufian.
Awal perkenalan, Raihana tidak berapa suka dengan penampilan dan tingkah laku Sufian. Tetapi Sufian sudah jatuh hati pada Raihana. Raihana masih lagi tak dapat melupakan cinta pertamanya iaitu Wan Arifin. Raihana yang tak suka kepada Sufian bertekad nak pindah rumah kerana benci kepada Sufian. Sufian mula memasang perangkap supaya Raihana dapat dikahwininya.
Akhirnya Raihana dan Sufian berkahwinlah juga..sepanjang menjadi isteri kepada Sufian, dia melihat kebaikan dan keikhlasan Sufian sebagai suaminya. Mungkin timbul rasa kasih sayang kepada Sufian dan Raihana terpaksa jugak menjaga Sufian di hospital ketika Sufian sakit.
Setelah Sufian sihat, Raihana kena pula jaga ibu kandungnya yang jatuh sakit pulak walaupun ibunya melayan dia dengan kasar. Raihana cuba merapatkan hubungan renggang selama ini dengan ibunya.
Sufian sedar Raihana masih lagi teringatkan cinta pertamanya, mampukah Sufian mengalihkan kembali cinta Raihana kepadanya, Sufian cuba menduga cinta dan kasih sayang Raihana.
Novel Gemersik Kalbu Online PDF version
Kalau korang suke, korang like blog mak ni, I will keep you guys updated on any new episodes especially video youtube k.. seperti di bawah ini
Share POst ini dalam FACEBOOK, LIKE SINI
Video Youtube dan Sinopsis Gemersik Kalbu Mengikut Episode – akan di update setiap hari
1. Episode 1
2. Episode 2
3. Episode 3
4. Episode 4
5. Episode 5
6. Episode 6
7. Episode 7 dan Episode 8
8. Episode 9, 10, 11, 12
Apa Yang Anda Cari
gemersik kalbunovel gemersik kalbudrama gemersik kalbuyoutubesinopsis gemersik kalbusinopsis drama gemersik kalbugemersik kalbu noveldrama baru tv3barisan pelakon gemersik kalbuPelakon gemersik kalbu
