Video Final (Minggu 10) Maharaja Lawak Mega
Uols, malam ini adalah malam penentuan siapakah bakal diantara BOBOI, OSBON, SAEHU atau SYOK menjuari Maharaja Lawak Mega Musim Pertama 2011. Adakah ia milik kumpulan BOBOI , atauapun nasib menyebelahi kumpulan OSBON, ataupaun juri lebih menyukai kumpulan SAEHU dari Indonesia dan semestinya banyak votes akan menyebelahi kumpulan SYOK dari Singapura.
Apa yang pasti, Malam Kemuncak Final Maharajalawak Mega bakal menjadi pentas terakhir bagi semua mereka. Saya ternanti-nanti sapa yang menang. Kerana hadiah maharajalawak sangat lumayan:-
Keputusan – updated
Juara Maharaja Lawak Mega OSBON : RM350,000.00 dan piala
Naib Juara Maharaja Lawak Mega BOBOI : RM250,000.00 dan piala
Tempat ketiga Maharaja Lawak Mega SAEHU: RM150,000.00 dan piala
Tempat keempat Maharaja Lawak Mega SYOK : RM50,000.00 dan piala
Lumayan kan? Penentuan akhir Maharaja Lawak bakal di adili oleh peminat-peminat menerusi undian SMS dan juga juri-juri tetap iaitu Datuk Chef Wan yang laser de diva, Dato’ Siti Nurhaliza si diva manis jambul tersembul, dan Zainal Abidin Hasan bekas pemain bola sepak Negara yang nan hado!
Kepada yang ternanti-nanti siapakah bakal juara malam ni. Anda boleh menyaksikan Live di Saluran Astro Prima (105) dan Saluran Mustika Warna (132) pada pukul 9.55pm. Anda juga boleh menyaksikan video Live Streaming untuk Final Maharaja Lawak Mega di Live Streaming Final Maharaja Lawak Mega
Jika anda duduk berdekatan Shah Alam, boleh pergi sendiri ke Stadium Tertutup Melawati untuk mendapatkan tiket free. Bawak sepanduk OSBON ok!!!!
Video Youtube akan saya up kan selepas tamat ok! – will be updated
SAEHU
BOBOI
OSBON
SYOK
mohon Share di Facebook Kalau menarik