Perhimpunan Bersih 3.0
Perhimpunan Bersih 3.0 semalam telah pun diadakan di Kuala Lumpur pada 28 April 2012. Bamyak cerita-cerita yang kurang enak dan ada juga cerita-cerita yang mengatakan perhimpunan Bersih 3.0 sudah berjaya.
Fakta Perhimpunan Bersih 3.0
- Dato’ S. Ambiga, selaku pengerusi bersama Bersih 3.0 mengatakan kejayaan Bersih 3.0 dengan berkumpulnya seramai 300,000 ribu orang datang di Kuala Lumpur. 300,000 ribu ini adalah dari ahli-ahli politik pembangkang dan NGO-NGO yang datang untuk memberi ‘sedar’ kepada kerajaan akan ketidakadilan pilihanraya.
- Sebuah kereta polis diterbalikkan oleh pesert-peserta Bersih 3.0. Mengikut sumber, kereta polis ini dikatakan telah melanggar 2 orang peserta Bersih sehingga cedera parah. Kereta polis yang enggan berhenti telah menyebabkan peserta Bersih marah dan mengambil keputusan untuk memecahkan cermin dan terbalikkan kereta polis tersebut.
- Penyanyi Aishah juga turut datang memberi sokongan kepada Perhimpunan Bersih 3.0
- Beberapa anggota Polis trafik telah dibelasah oleh sekumpulan peserta Bersih dan cedera parah.
- Ku Razaleigh telah menyatakan sokongannya kepada Perhimpunan Bersih 3.0 manakala Tunku Aziz ahli DAP mengatakan Perhimpunan Bersih 3.0 buang masa jadi tak semestinya ahli BN dan DAp kesemua setuju dan tidak setuju dengan Perhimpunan Bersih.
- Perhimpunan Bersih 3.0 juga di adakan di Australia, New Zealand, Indonesia, Puncak Everest (lol), Amerika Syarikat, United Kingdom, Taipie, dan beberapa negara lain lagi.
- Kejadian Kereta POlis diterbalikkan itu kerana ada yang cakap ada orang bawah kereta tu. Ada juga rumors cakap ada yang meninggal dunia tetapi itu hanya satu penipuan. Tetapi ramai yang tercedera lah termasuk Che Gu Bard
- will be continued
Gambar-Gambar Perhimpunan Bersih 3.0
Video Perhimpunan Bersih 3.0 – Video Kereta Melanggar Peserta dan Kereta Di Terbalikkan




























































