Perhimpunan Bersih 3.0
Wahai orang-orang kampung sekeliannya, telah diberitakan pada 28 April 2012 ini, Bersih 3.0 bakal di adakan. berdasarkan blogger-blogger popular seantero Malaysia:-
- Mesyurat dikalangan 50 NGO dan ahli-ahli sekretariat Bersih telah menetapkan tarikh Perhimpunan Bersih 3.0 pada hujung bulan April iaitu selepas 12 April 2012 (tarikh akhir penggal parlimen dibubarkan)
- Tempat : Dataran Merdeka , Kuala Lumpur
- Tarikh : 21 April 2012 atau 28 April 2012
- Agenda : Menuntut keadilan dalam pilihanraya ke 13 ini.
Mengapa mereka masih ingin membuat perhimpunan Bersih 3.0 ini?
- Tuntutan pada Perhimpunan Bersih 2.0 masih lagi belum ditunaikan dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bergerak sangat slowww dalam perbaharuan dalam pilihan raya system di Malaysia.
- Diberitakan 230,000 bukan Malaysia berada dalam senarai boleh undi dalam SPR.
- Diberitakan banyak kes-kes yang didaftarkan di bawah satu alamat ( 20 hingga 100 nama)
- hampir 100,000 pengundi layak nama di hapuskan dalam rekod.
- Pengundi di letakkan di tempat yang tidak masuk akal. Salah satu contoh, Tan Sri Khalid Ibrahim tetibe address di tukar di tempat lain tanpa pengetahuannya.
- Pencen askar masih lagi dikira undi post.
- Anggota SPR , seramai kira-kira 200,000 di daftarkan dibawah undi pos.
Aku honestly, TAK SUKE perhimpunan sebegini baik perhimpunan aman ataupun sebaliknya. TAPI, ada TAPI okay, if that’s the only way in voicing out for fairness in pilihan raya, we have to accept that. Aku lebih suka cakap atas pagar la. Aku tak suke ambiga honestly sebab polisi-polisi dan gerakan-gerakan yang dibuat tu banyak bertentangan dengan akidah Islam, tapi what choice these people have? Bagaimana lagi cara untuk promote keadialan dalam negara? Kita sebagai negara demokrasi kene tunjuk yang kita ni demokrasi. tak betul?
Serious ramai yang akan bangkang apa aku cakap, but what choice do we have?! Aku suka apa yang Ahli Parliment dari UMNO cakap, both parties (BN and PR) should press their reset button and start clean untuk dapatkan kepercayaan daripada public Malaysia khasnya.
Banyak keburukan perhimpunan Bersih 3.0 ini khasnya terkena kepada pengguna jalanraya dan peniaga-peniaga. Harap kali ini, kalau bebetul jadi la, tak de kejadian macam tu ari, ade sorang meninggal dunia. Harap Polis dan Pihak penganjur dapat cakap kata sepakat. Aku rase it would be okay dan berjalan baik , kalau di kasi permit buat di dalam Stadium. Macam kita tengok bola kan? rasenye tak de la sesak sangat pun.Aku teringat macam Bersih 2.0, aku jam dari Klang ke Pj sampai 4 jam!! gile tak gile!
Okay, kalau nak cek, refer posting lama mengenai BERSIH 2.0.
Apa Yang Anda Cari
perhimpunan bersih 3 0bersih 3 0bersih 3perhimpunan bersih 3bersih 3 0 blogkeburukan bersih 3 0blog bersih 3 0bersih 3 0 april 28bersih 3 28 aprilwww pemilu malaysia 30 april


