Cara Semak Saman Trafik Online SMS dan Email Malaysia
Sekadar nak kongsi info yang mungkin berguna kepada korang semua. Sekarang ni penggunaan kereta sudah meningkat di Malaysia dan sudah semestinya ramai yang tertanya-tanya akan saman trafik yang mereka ada semasa pemanduan kereta di jalan raya. Cara Semak Saman Trafik boleh dibuat secara Online, SMS ataupun Email.

Sekarang penggunaan internet memang memudahkan lagi Cara untuk Semak Saman Trafik ini. Kalau kita ada account dalam MyEG lagi mudah. Daftar dan semuanya dihujung jari. Tapi saya masih tak puas hati, MyEG sekarang ni asik ada problem je nak register. Pengalaman saya nak renew roadtax, saya terpaksa call mereka untuk renew roadtax dan nasib baik customer service dorang tip top. Senang je berurusan dengan mereka. Tak payah nak beratur panjang dekat Polis Trafik atau JPJ untuk bayar saman kan?
Cara Semak Saman Trafik Online melalui Laman Web JPJ

Korang perlu masukkan No. Kad Pengenalan dan No Plat Kereta atau No Pendaftaran kenderaan di JPJ Online – terkini lamanweb JPJ Server sedang diselenggara dan ditutup sementara waktu. Harap Maaf
Cara Semak Saman Trafik SMS
Setiap SMS dikenakan cas 50sen, korang boleh Semak Saman Trafik SMS dengan menaip:-
• POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728
contoh : POLIS SAMAN 85101129930 hantar kepada 32728
ataupun, kalau nak dapat saman trafik yang lebih detail, korang boleh menaip:-
• SAMAN POLIS [no pendaftaran kenderaan/ no plat kereta] SEMUA , hantar kepada 32728
contoh : SAMAN POLIS WWW1234 hantar kepada 32728
mudah kan?
Cara Semak Saman Trafik Email
Kalau nak dapatkan update Saman Trafik dengan Email, apa yang korang perlubuat adalah dengan menaip:-
• POLIS SAMAN [no pendaftaran kenderaan atau no plat kereta] [alamat email] hantar kepada 32728
Contoh : POLIS SAMAN WWW1234 tokobakso@gmail.com dan hantar ke 32728
Segala pembayaran saman boleh di buat melalui website MyEG dengan mudah. Atau pun pergi la ke Pejabat Polis Trafik atau JPJ untuk membayar saman. nak tak nak, kene beratur la kan. hiks..
Apa Yang Anda Cari
saman trafikcheck samancek samancheck saman keretasaman keretacek saman trafiksaman trafik malaysiacek saman keretacheck saman trafikcheck saman kereta online free


