KidZania Kuala Lumpur
Aku rase ramai yang dah tau pasal KidZania yang baru dibuka pada 28 Februari 2012 tempoh hari. Apa itu KidZania? KidZania adalah sebuah taman tema yang berbeza dari lain. Ianya dalah satu taman tema ilmiah la orang cakap. Ditubuhkan khusus untuk kanak-kanak berumur 4 tahun hingga 14 tahun, taman tema ini memberi peluang kepada anak-anak anda untuk menjadi sendiri, atau menimba pengalaman sendiri apa yang mereka ingin kan dewasa kelak. Senang cerita macam kiranya satu bandar yang ditubuhkan khas untuk kanak-kanak. Mereka boleh jadi pilot, ada banggunan sendiri, berurusan sendiri. Agak menarik la. Kalau korang masuk lamanweb KidZania Kuala Lumpur, korang leh tengok secara terperinci apa yang mereka offer. Aku pun ingat nak angkut anak sedara ke sini nanti. Since dah cuti sekolah ini kan. Apa lagi mak bapak sekalian especially yang berduit sket tu la, bawak la tempat2 macam ini. Menarik.
Lokasi KidZania Kuala Lumpur
Lokasi : Curve NX, Mutiara Damansara, kepada sesapa yang tau dimana Ikea dan The CUrve, kat area situ la. Senang bukan?!
Cek map dibawah ini untuk informasi lebih lanjut.
View KidZania Kuala Lumpur in a larger map
Hari Operasi KidZania Kuala Lumpur
Isnin hingga Jumaat
- Satu Sessi : 10 pagi hingga 5 Petang
Sabtu, Ahad dan Hari Cuti Umum
- Sesi pagi : 10 pagi hingga 3 petang
- Sesi petang : 4 petang hingga 9 malam
Harga Masuk KidZania Kuala Lumpur
- Umur : 0 – 1 : FREE
- Umur : 2 – 3 : RM 35.00
- Umur : 4 – 17 (Malaysian) : RM 55.00
- Umur : 4 – 17 (Non Malaysian) : RM 75.00
- Umur : 18 – 59 Dewasa (Malaysian) : RM 35.00
- Umur : 18 – 59 Dewasa (Non Malaysian) : RM 50.00
- Umur : 60+ Warga Emas : 30.00
Aktiviti KidZania Kuala Lumpur
Faktor keselamatanadalah perkara utama dalam KidZania jadi tak perlu risau apa2 la. Mak bapak boleh masuk juga dan tengok sendiri anak korang bermain. Terima kasih kepada Venusbuzz dan Littlemamadiary untuk gambar-gambar yang penulis ni ambil.
Kenapa aku cakap bende ni bagus :-
- Aku tujukan kepada ibu bapa yang berkemampuan la yea, aku tau ni bende ni bukan murah, mahal, sekali masuk dah nak dekat 500 kan? tapi aku cakap, ini adalah satu parenting tips terbaik untuk mak bapak untuk anak-anak mereka. cara untuk beri motivasi kepada anak-anak.
- Masa tak terluang begitu sahaja, banyak bende dalam life boleh di pelajari.
- Bende macam ini , bila anak-anak dah try semua pekerjaan, ini akan sedkit sebanyak bagi objektif yang lebih jelas kepada anak-anak bila dia besar. Start darik kecik, kita bagi exposure sebegini. Kalau suka jadi pilot, apa yang perlu dibuat dan sebagainya
So ibu bapa, jangan lepaskan peluang
Apa Yang Anda Cari
kidzania kuala lumpurkidzania malaysiakidzaniakidzania kl @ the curvekidzania the curvekidzania kuala lumpur mapkidzania kuala lumpur at the curvegambar kidzaniakidzania curvetempat menarik di kuala lumpur untuk kanak-kanak









