Fifa mengeluarkan update terbaru untuk Ranking Terbaru FIFA Bola Sepak 21 Disember 2011 semalam. tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjaya memenangi pingat emas sukan sea (walaupun point tidak diambil kira) beberape kemenangan perlawanan persahabatan. Memasuki pusingan akhir untuk kelayakan Olimpik. Tahniah kepada pasukan Harimau muda dan harimau malaya dan semestinya Ong Kim Swee yang berjaya manaikkan martabat pasukan Harimaumuda . Kejayaan juga adalah hasil daripada kejayaan kelas A bimbingan Dato’ K Rajagopal. Terbaik adalah pada 1995 pada tangga 75.
Menerusi kedudukan terbaru itu, pasukan negara kini setanding dengan negara seperti Singapura (145), Turkmenistan (146), Lesotho (147), Samoa (149) dan Equatorial Guinea (150) dan lain-lain yang diketahui mempunyai kekurangan infrastruktur asas seperti padang, stadium dan peralatan sukan.
Pada kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada di tempat kelima di belakang Vietnam (99), Thailand (122), Indonesia (142) dan Singapura (145).
Pada peringkat Asia, kedudukan Malaysia turut naik tiga anak tangga ke kedudukan ke-24 daripada 46 negara, berbanding tempat ke-27 bulan lepas.
Berikut adalah ranking FIFA untuk Malaysia

dan berikut adalah Ranking Terbaru FIFA sehingga 21 Disember 2011

sila SHARE POST TERBARU SAYA DI FACEBOOK ANDA DENGAN KLIK SINI