Gile ke Gaji RM1500?!

gambar ihsan dari Cartoonstock

46% Lepasan Univeristi Hidup dengan Gaji RM1500

Terkejut saya baca artikel mengenai 46% lulusan university gaji RM1500 sebulan…

Saya nak kritik sedikit mengenai artikel ini…

1) 46% lulusan University.. untuk makluman, tidak semua lulusan university mempunyai Ijazah.. mereka mungkin mempunya Diploma atau Sijil… sedia maklum, university tempatan seperti UTM dan UITM, ada menyediakan kursus-kursus diploma bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran selepas SPM atau matrik… jadi gaji 1500 adalah average starting salary untuk mereka-mereka ini??

2) Saya tidak paham apa connection perempuan berpakian seksi di ASK2010 dengan graduan berpendapatan rendah??
Berbalik pada artikel ini, saya sebenarnye mmg terkejut jika benarlah sebahagian besar graduan menerima gaji kurang dari RM1500.00. ape mereka nak makan?? Meh sini saya buat analisis untuk seseorang bujang atau anak dara yang duduk di Lembah Klang

Sewa Bilik RM250
Makanan harian RM300 – ( RM10 x 30 hari )
Transporation RM400 – untuk yang berkenderaan sendiri
Kereta RM500 – Myvi, Viva atau Saga BLM

Ini adalah perbelanjaan paling basic bagi seseorang , tidak kita lagi perbelanjaan bukan keperluan seperti beli baju, rokok , make up dll. Kira sendiri berape tinggal sebulan.. silap-silap terpaksa buat overdraft dari mak bapak kat kampong.
Sekarang semua dah mahal, ramalan harga-harga bahan mentah akan naik 15% tahun ini, petrol dah naik, gula dah naik , secara automatic semua bahan makanan akan naik, tapi gaji tetap sama di takuk lame. Kalau saya di UK dahulu, 50pound berbelanja, saya boleh dapat 2 troley penuh dengan barang keperluan, tapi kalau di Malaysia, RM50 belum tentu boleh dapat satu trolley penuh.
Jadi , kepada anak muda bergaji rendah, Jgn berangan nak pakai barang mahal-mahal. Apa yang nak dikejokan?? Lebih elok, satu tahun pertama tunggu dulu. Beli ape yang perlu, Jgn sesekali apply credit card… itu adalah bala!!!

Apa Yang Anda Cari

gaji diplomagaji lepasan diplomagaji lepasan ijazahgaji untuk lepasan diplomabasic gaji diplomagaji rm1500basic gaji degreegaji 1500 nak beli personaviva atau sagagaji rm1500 beli kereta