Dalam entry lama saya mengenai Jenayah Penyimbah Asid yang berlaku dalam lebih kurang 3 bulan lepas boleh cek disini:-
• Acid Spalsher in KL – Beware Young Ladies [Tips]
• Timeline Penyimbah Asid Di Malaysia
• Lakaran Suspek Penyimbah Asid
Baru-baru ini, ada 3 kes baru yang di laporkan oleh media mengenai jenayah yang sama. Kali ini berlaku di seluruh Malaysia.
1. Kejadian Pertama di Jengka yang suspeknya adalah jiran mereka sendiri dan suspek di tangkap
MARAN 21 Julai – Dua beradik cedera parah selepas menjadi mangsa simbahan cecair asid oleh jirannya di Felda Kesumba Jengka 9 dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, mangsa, Shafiq Haikal Mat Safar Zaidi, 13, dan adiknya, Shafiq Aiman, 10, sedang menunggang basikal ke rumah rakan mereka untuk belajar secara berkumpulan

2. Kejadian Kedua pada 27 Julai lalu melaporkan seorang penghantar surat cedera di muka dan badan selepas disimbah asid manakala wang syarikatnya berjumlah RM18,000 dikebas sekumpulan perompak di Batu 2 1/2 Jalan Sungai Besi di sini.
Sebelum kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, mangsa yang mengisi minyak didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah kereta Proton Wira.
Salah seorang suspek kemudian bertindak menyimbah asid ke arah mangsa dan merampas beg berisi wang itu sebelum melarikan diri.
3. Kejadian ketiga membabitkan seorang jurujual kereta berlaku di Pengkalan Chepa kerana tidak puas hati kan sesuatu. Suspek di tangkap.
KOTA BHARU 3 Ogos – Seorang jurujual kereta cedera parah di beberapa bahagian badan selepas disimbah cecair dipercayai asid oleh individu tidak dikenali dalam kejadian di Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa di sini, malam tadi.
Mangsa Faizal Halim Rustam, 37, disimbah cecair itu ketika sedang membaca akhbar di sebuah kedai dalam kejadian pada pukul 8.30 malam.
4. Kejadian keempat mangsa nya adalah anak sedara kepada Datin Ramziela Radzillah, Imam Hussein, Disimbah Asid Di Sogo.
5. Kejadian kelima mangsa seorang pemuda yang computer riba nya di larikan selepas di simbah.

6. Kejadian keenam menimpa seorang pemuda Mohd Raffie yang disimbah asid ketika menuggu rakannya di dalam tandas. Disimbah oleh lelaki yang tidak dikenali.
7. Kejadian berlaku di Sabah semalam. seorang perempuan yang namanya di panggil , lalu di pancut dengan asid menggunakan pistul air.. kesian.
Kalau dahulunya, mangsa kebanyakannya perempuan, tetapi sekarang, mangsa kebanyakannye lelaki dan diikuti dengan jenayah lain selain merompak.
Dalam tahun ni je dah terlalu banyak laporan dibuat untuk jenayah simbah asid ini dan kerajaan seharusnya memandang serius. Banyak kedai-kedai yang menjual asid secara terbuka dan tiada akta yang mengawal penjualan asid ini. Lebih membimbangkan, mereka yang menyimbah ini tau, semua mangsa akan lemah serta merta dan selepas itu mereka boleh mencuri, merogol atau membunuh dan jenayah berat yang lain.
Polis sudah menubukan badan khas untuk menyiasat jenayah simbah asid ni..baru nak buat?
Apa kita nak buat eh?
p/s : dalam bulan Ramadhan ni terlalu banyak kes bunuh, rogol, liwat . Pelik la..!