Suami Adalah Hamba Abdi Isteri.. Setuju?

[Kajiselidik 2]

Cuba senaraikan balik peranan dan tanggungjawab suami dari kaca mata wanita moden….. tak ubah seperti hamba abdi, kan? Bahkan kalaulah Tuhan jadikan lelaki itu boleh mengandung dan melahirkan anak, sudah tentu lelaki juga dikehendaki mengandung dan melahirkan anak. Alasan standard yg digunakan, lelaki lebih kuat fizikalnya dan lelaki lebih bertenaga.

Sebab tu dinasihatkan kepada mana-mana lelaki, sebelum kawin, fahami betul-betul expectation wanita dan kuncu-kuncu mereka terhadap seorang suami. Tanya diri sendiri betul-betul, sanggupkah menunaikan segala keperluan dan kehendak wanita itu dengan pengorbanan yang cukup tinggi?

Sanggupkah melalui kehidupan di mana anda diwajibkan memberikan segala-galanya untuk pasangan dan anak-anak sedangkan pasangan anda hampir tidak mempunyai sebarang kewajipan pun. Hak anda adalah hak mereka, hak mereka adalah hak mereka. Harta pencarian anda juga adalah hak mereka. Anda wajib bekerja mencari rezeki di luar rumah dan andalah juga yang wajib bekerja keras membuat segala-galanya di dalam rumah. Isteri anda tidak wajib melakukan kerja-kerja itu. Malah, jika diperlukan, anda wajib pula menyediakan amah agar isteri anda boleh berehat dan menikmati kehidupan senang-lenang. Isteri juga tidak wajib memberikan wang pendapatannya untuk menampung keperluan keluarga kerana itu semua adalah tanggungjawab dan kewajipan anda semata-mata. Dalam kata lain, isteri bekerja bukan untuk menyara keluarga tapi untuk kepuasan dirinya, melepaskan kebosanan hidup di rumah, menyerikan kehidupannya dengan pergaulan rakan-rakan di tempat kerja. Anak-anak juga hak mereka sekiranya berlaku perceraian walaupun yang menikmati hidup bersama anak-anak itu pada kos yang anda pula wajib menanggungnya dari jauh.

Sekiranya anda gagal memberikan semua itu, anda akan segera dilabel lelaki lemah, lelaki tak bertanggungjawab, kurang jantan dan pelbagai label hina lain yang selayaknya untuk seorang hamba abdi. Dan tentunya, anda tidak berhak untuk mengungkit atau mempertikaikan apa-apa andalah yang bersalah kerana memilih untuk menjadi seorang suami. Anda bersalah kerana tidak mampu memberikan yang terbaik kepada isteri anda. Maka terimalah hukuman anda.

Kepada lelaki-lelaki di luar sana yang telah terjebak menjadi seorang suami, bersabarlah. Jadilah hamba abdi yang baik kepada isteri anda.

hangbuah